Isnin, 13 Januari 2014

nak mula semula laa....
Kata Adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama. Kata adjektif boleh disertai oleh kata penguat seperti sangat, amat, dan sungguh. Oleh itu,jika sesuatu kata itu boleh disertai kata sangat,amat, atau sungguh, maka kata tersebut ialah kata Adjektif. Contoh :

          Bukit itu landai.
          Bukit itu sangat landai.


          Kata landai ialah kata Adjektif kerana kata ini dapat disertai kata penguat sangat.
Contoh ayat
Pak Muda terfikir-fikir sama ada dia perlu turun ke laut ataupun tidak kerana laut kelihatan bergelora ketika itu.
Penglihatan orang tua itu sangat kabur.
Sakit mata Cikgu Aziz melihat muka Salim yang comot itu.


Selasa, 7 Disember 2010

Maal Hijrah

Sudah lama tidak menulis dalam blog ini. Apa-apa pun kepada pengujung saya nak ucapkan selamat menyambut tahun baru Maal Hijrah. Semoga tahun baru ini lebih baik dari tahun yang kita tinggalkan.

Selasa, 21 September 2010

SISTEM RANGKAIAN KOMPUTER

Pengenalan Sistem Rangkaian
* rangkaian komputer bermaksud sambungan dua atau lebih perkakasan komputer yang terpisah secara fizikal tetapi disambungkan secara operasinya.
* rangkaian komputer merupakan satu sistem komputer yang mengandungi dua atau lebih komputer yang dihubungkan di antara satu sama lain melalui sistem pengoperasian yang selaras walaupun komputer-komputer tersebut berada di tempat-tempat yang berbeza.
* rangkaian dirangkaikan dengan menggunakan kabel, talian telefon, gelombang radio, satelit dan cahaya infra merah.

Jenis-jenis Rangkaian
Terdapat 3 jenis Networking secara asasnya iaitu:
1. MAN (Metropilitan Area Network)
2. WAN (Wide Area Network)
3. LAN (Local Area Network)

MAN
- merupakan satu rangkaian jaringan yang meliputi satu kawasan yang luas tetapi masih terbatas kepada satu tempat yang sama contohnya kampus universiti, sekolah, bandar dan seumpamanya

WAN
- adalah satu rangkaian komputer yang dijalinkan ke seluruh pelusuk dunia tanpa mengira keadaan geografinya.
-penjaringan ini dijana dengan menggunakan talian telefon atau satelit.
contohnya pengguna di Malaysia boleh mendapatkan maklumat dari satu host yang terdapat di Amerika.

LAN
- merupakan rangkaian setempat
- beberapa PC didalamnya digabungkan bagi mendapatkan kemudahan yang terdapat di dalam rangkaian.
- lazimnya dihubungkan ke satu komputer kerangka atau minikomputer.
- penjaringan menggunakan pelbagai bahan.
- LAN merupakan satu rangkaian berhubung yang berkepantasan tinggi di antara jaringa setempat, pemprosesan kata atau perkongsian peranti dan perisian atau aplikasi.
- mempunyai station kerja yang bersambung kepada server.
-PC yang tidak dihubungkan kepada server dinamakan standalone.

Isnin, 20 September 2010

Sambutan Hari Raya SK Batu Gajah





Kata Bantu

KATA BANTU

• kata yang berperanan untuk menerangkan perbuatan atau kata kerja. kata bantu hadir sebelum kata kerja dan berfungsi untuk menimbulkan makna tambahan kepada frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa nama

Kata Bantu Aspek

• digunakan untuk menimbulkan suasana, perbezaan masa, iaitu sama ada masa lampau, masa kini atau masa hadapan

telah - Para pekerja telah darahkan pulang.
sudah – Sebelum tidur Mamat sudah menyiapkan kerja sekolahnya.
baru – Murid-murid itu baru tiba.
pernah – Abang saya pernah mengajar di Kuala Lumpur.
sedang – Osman sedang mengulang kaji pelajaran di rumah.
masih – Kejadian itu berlaku ketika saya masih kecil lagi.
akan – Mariam akan ke sana secepat mungkin yang boleh.
mula – Bas mula bergerak setelah semua penumpang naik.
belum – Buah mangga itu belum masak lagi.

Kata Bantu Ragam

Bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan.

hendak – Kakak hendak pergi ke kedai.
mahu – Jamali dan rakan-rakannya mahu belajar secara berkumpulam.
harus – Awak harus berhati-hati ketika menyeberangi sungai yang deras itu.
mesti – Sebelum keluar dari bilik darjah awak mesti memakai pas keluar.
boleh – Kita boleh ke sana dengan menaiki bas sahaja.
dapat – Dari raut wajahnya, saya dapat tahu masalah yang dihadapinya.
enggan – Erin enggan memakai baju itu kerana terlalu singkat.
patut – Dia patut datang bulan lepas lagi.
mungkin – Mereka mungkin lambat ke sekolah.



Gambar Hari Raya Aidil Fitri 2010


UPSR 2010

Selamat Menduduki UPSR 2010  21 Septemer 2010 Bahasa Melayu (Pemahaman)

Bahasa Melayu (Penulisan)

Matematik 2

22 September

Matematik 1

23 September 2010

Bahasa Inggeris & sains