Rabu, 16 Disember 2009

CONTOH SOALAN HBEF1403

Bahagian A

1. Bagaimanakah Teori Konstruktivisme dapat membantu perkembangan pembelajaran Seni dalam Pendidikan pada kanak-kanak?
2. Nyatakan DUA aspek penting pengurusan bilik darjah pendidikan seni yang
boleh mempertingkatkan tahap prestasi kanak-kanak.
3. Namakan EMPAT teknik menggambar.
4. Senaraikan EMPAT unsur seni visual.
5. Jelaskan hasil kerja Edwin Gordon dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran muzik di sekolah.
6. Berikan pengertian kreativiti berdasarkan kepada teori pelbagai kecerdasan
Howard Gardner (1978).
7. Berikan DUA bentuk rangsangan untuk gaya pembelajaran kanak-kanak yang dapat membantu supaya kanak-kanak lebih berekspresif.
8. Senaraikan DUA tujuan penghubungkaitan dalam pengajaran dan pembelajaran.
9. Nyatakan peluang-peluang yang diperolehi oleh murid-murid dengan menggunakan pendekatan bertema.
10. Jelaskan secara ringkas DUA jenis integrasi

BAHAGIAN B
1. Proses peniruan merupakan satu aspek yang penting dalam pengajaran dan
pembelajaran seni disekolah rendah.
(a) Nyatakan TIGA bentuk atau konsep peniruan menurut teori pembelajaran Sosial.
(b) Jelaskan TIGA sebab mengapa peniruan itu merupakan satu perkara yang penting dalam pembelajaran kanak-kanak disekolah rendah.
(c) Huraikan peranan hemisfera otak dalam mempertingkatkan kefahaman pembelajaran seni dalam pendidikan.

2. Subjek seni visual telah pun dimartabatkan sepenuhnya sebagai satu subjek
yang berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran merentasi kurkulum.
(a) Apakah pendidikan seni visual?
(b) Bincangkan secara ringkas TIGA bidang pendidikan seni visual yang
diamalkan di sekolah rendah. Berikan contoh-contoh sesuai.
(c) Huraikan TIGA cara bagaimana pelukis dapat menampilkan estetika di dalam sesebuah karyanya.
3. Muzik merupakan sebahagian daripada alam kehidupan pelajar yang tidak boleh dipisahkan. Tanpa muzik dunia bagi pelajar itu adalah kosong.
(a) Nyatakan DUA objektif mengajar muzik kepada kanak-kanak.
(b) Pendekatan pengajaran muzik Carl terdiri daripada komponen-komponen berikut: imitasi, eksplorasi, improvasi, penciptaan dan literasi. Jelaskan secara ringkas TIGA daripada komponen-komponen tersebut.
c) Muzik merangkumi konsep-konsep berikut: melodi, irama, harmoni, warna ton, tekstur, bentuk dan ekspresi. Huraikan dengan memberi contoh, TIGA daripada konsep-konsep muzik berkenaan.
4. Seni dalam Pendidikan memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka pelbagai sudut pembelajaran.
(a) Jelaskan maksud penerokaan dalam konteks seni dalam pendidikan.
(b) Huraikan TIGA cara bagaimana pelajar menjalankan aktiviti penerokaan dalam pembelajaran pergerakan.
(c) Bincangkan bagaimana guru dapat membantu pelajar memperolehi pengalaman melalui aktiviti permainan.
5. Pendekatan bertema merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang
disusun di sekitar sesuatu konsep atau tema yang dipilh.
(a) Nyatakan TIGA kekuatan pendekatan bertema dalam pengajaran dan pembelajaran.
(b) Huraikan TIGA aspek yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan tema untuk pengajaran dan pembelajaran
(c) Jelaskan bagaimana muzik, seni visual dan pergerakan boleh diintegrasi untuk mengajar tema ‘persekitaran’ seperti hutan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan