Isnin, 21 Disember 2009

SOALAN HBEF 2303 Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan

BAHAGIAN A
ARAHAN Bahagian A mengandungi SEPULUH soalan. Jawab SEMUA soalan.
1.Terangkan aplikasi komputer dalam automasi kilang.
2.Berikan EMPAT bahagian utama jidar.
3.Di manakah kita perolehi pencontoh di dalam MS word?
4.Apakah kegunaan Clip Organizer?
5.Bagaimanakah kita memformat cell di dalam hamparan elektronik?
6.Terangkan langkah menginstalasi perisian secara manual.
7.Apakah bahagian-bahagian alamat e-mel?
8.Huraikan secara ringkas PPBK.
9.Kenapakah kita perlu berhati-hati bila memilih perisian untuk pengajaran dan pembelajaran?
10.Apakah DUA bahasa komputer yang digunakan oleh komputer generasi kedua?

BAHAGIAN B
ARAHAN
Bahagian B mengandungi EMPAT soalan. Jawab TIGA SAHAJA.
SOALAN
1.Persekitaran pembelajaran tradisional dan persekitaran pembelajaran baru amat berbeza.
(a) Huraikan dan bincangkan perbezaan dua persekitaran ini.
(b) Terangkan peranan guru menggunakan TMK bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
(c) Apakah perkara yang paling penting yang perlu kita ambil kira dalam perancangan menggunakan TMK di dalam pengajaran dan pembelajaran?

2.Tanpa perisian, sesebuah komputer di dalam kelas hanyalah sebuah hiasan.
(a) Huraikah LIMA criteria pemilihan perisian yang sesuai.
(b) Jelaskan konsep mesra pengguna.
(c) Jelaskan bagaimana anda melakukan penilaian sumatif.

3.Komputer adalah di antara alat membantu yang paling efektif bagi seseorang guru.
(a) Terangkan perbezaan di antara CAI dan CAL.
(b) Apakah komponen asas perisian kursus yang paling penting?
(c) “PPBK lebih baik dari pengajaran dan pembelajaran biasa”. Bincangkan.

4.Rangkaian komputer semakin penting di masa ini.
(a) Huraikan fungsi KETUJUH-TUJUH komponen rangkaian komputer.
(b) Pada pendapat anda, topologi manakah yang paling baik dan mengapa.

BAHAGIAN C
Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.

1.Pemprosesan perkataan adalah program yang paling popular di kalangan guru.
(a) Terangkan bagaimana anda membuka fail baru, menaip nama anda dan menyimpan fail itu di dalam cakera keras anda.
(b) Jelaskan bagaimana anda;
(i) Membina borang penerima emel di dalam pemproses perkataan.
(ii) Memasukkan gambar di dalam dokumen anda.

2.Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tidak meminggirkan guru dalam pengajaran dan pembelajaran.
(a)Berdasarkan kenyataan di atas, beri pendapat anda tentang fungsi guru dalam menghadapi cabaran pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer.
(b)Berdasarkan pengalaman anda, bincangkan kategori dan mod pengajaran dan pembelajaran dalam menggunakan komputer.
(c)Sebagai guru anda diminta memberi pandangan terhadap penggunaan TMK dalam pendidikan. Berikan pandangan anda dalam aspek ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan