Khamis, 3 Disember 2009

PEMBELAJARAN BESTARI

Bestari bermaksud cerdas, pandai,berpendidikan, berpengetahuan dan berbudi pekerti yang baik. Untuk itu pembelajaran bestari ialah pembelajaran yang membolehkan seseorang pelajarmenjadi cerdas dan pandai, berpendidikan, berilmu pengetahuan yang tinggi dan akan mempunyai budi pekerti yang baik.

Pendekatan yang dilaksanakan oleh kementerian pelajaran :

i. Sekolah Bestari
mewujudkan sekoalah bestari supaya dapat membina pelajar menjadi seorang yang cerdas dan pandai menggunakan teknologi-teknologi terkini dalam aktiviti pembelajaran mereka. Pada awalnya terdapat 88 buah sekolah bestari yang diwujudkan.

ii. Penggunaan Komputer
komputer memainkan alat pembelajaran yang penting, utama untuk memperoleh segala maklumat dan ilmu pengetahuan. Untuk itu komputer akan digunakan secara meluas di dalam segala aktiviti pembelajaran, pentadbiran dan membuat penilaian. Manakala buku teks hanya digunakan sebagai bahan rujuakan sahaja. Untuk itu Kementerian Pelajaran telah membina makmal komputer di setiap sekolah untuk kemudahan pembelajaran ICTL.

iii. Peranan Guru
Peranan guru menjadi lebih luas iaitu bukan sahaja berperanan sebagai pengajar sebaliknya guru sebagai pemudahcara, penasihat, fasilitator, model sesuatu bentuk pengajaran dan pembelajaran. Guru perlulah mahir menggunakan alat bantuan mengajar terkini terutamanya komputer dan pelbagai alat multimedia yang lain.

iv. Peranan Pentadbir
- pentadbir perlu menyediakan makmal teknologi maklumat supaya memudahkan guru dan pelajar mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan alat audio visual.
- menyediakan mekmal komputer supaya mudah bagi pelajar mengakses bahan-bahan pembelajar melalui internet, membuat e-mail dan database.
- bilik guru dilengkapi dengan prasana pengurusan maklumat dan sumber, e-mail dan database.
- pejabat pentadbiran pula akan dilengkapi denga database untuk pengurusan guru, pelajar dan inventori, sumber serta pengedaran maklumat dan notis.
- memudahkan pihak sekolah berinteraksi dan berkomunikasi dengan cepat dan pantas dengan Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran melalui Jaringan(network)

untuk merealisasikan matlamat pembelajaran bestari ini tercapai dengan jayanya. kementerian Pelajaran telah melatih guru untuk mengikuti kursus penggunaan komputer, kursus guru bestari serta melantik guru penyelaras bestari di sekolah-sekolah. Untuk itu guru-guru perlulah meperlengkapkan diri denga kemudahan-kemudahan teknologi maklumat terkini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan